Birthday (April)
12.4.15 | 0 comment(s)
Terpulang la mau jadi apa. Mahu jadi hantu, mahu jadi buaya. Terpulanglah mahu bikin apa. Mahu bikin masalah. Sila teruskan saja.
Assalamualaikum and hi! Hari ni sebenarnya nak wish birthday kawan kawan Fiqah yang birthday nya bulan 4 (April). Rasanya bulan April ni tak ramai birthday kawan Fiqah ke Fiqah lupa? --' serius ah ingat 2 orang je yang Fiqah ingat.
(8 April ) Yang pertama! Nur Rahmah Sari kawan rapat Fiqah masa sekolah rendah. Banyak kenangan masa sekolah rendah dengan dia! Ya Allah rindu nya masa sekolah rendah! Kiteorang dah berkawan selama 9 Tahun! Alhamdulillah, persahabtan kiteorng panjang dan insyaAllah tak akan putus! Dulu, dia banyak mempengaruhi Fiqah. Mana ada dia, Fiqah mesti ada. Selalu lepak dengan dia. Tidur tak pernah lagi la. Hehehehe. Family dia kenal Fiqah. Selalu datang rumah mana tak nya. Haih, serius rindu masa sekolah rendah. Oh oh, sekolah rendah dia jadi pengawas tapi tak macam sekarng. Dapat gelaran 'Penolong Ketua Pengawas' dah. Dulu dia garang sangat jadi pengawas. Sekrang Fiqah yang ganti tempat dia. Hahahahahaha walaupun Fiqah bukan pengawas an.

Masa ni kiteorang pergi Kolej Komuniti Kuala Langat. Tak sangka sebenarnya. Dalam masa 5 tahun. Kali ni baru dapat cerita dengan dia. Luah semua dekat dia. Boleh pulak syok dekat budak Ketua Pengawas sekolah lain sebab dia kenalkan. Walahhhh, hensem nya emmm emmm. Hahahahahahaha aip aip kena setia. Tapi serius ah mamat tu hensem. Tinggi! Okay taste Fiqah mmng nak lelaki yang tinggi. Nasib yang ni pun tinggi kahkahkah. Dah dah. Apa apa pun Selamat Ulangtahun Rahmah! Terima kasih sebab jadi kawan aku selama ni. Semoga kau dapat menjalankan tanggungjwb dengan rahmah Allah. Goodluck jugak untuk SPM nanti! Love you babe!
______________________________________________________
(9 April) Yang kedua! Nur Shahira dah kenal dia 3 tahun! first time jumpa dia masa dekat asrama. Dia ni baru je pindah Selangor. Form2 dia sekolah dekat Sabah. Pindah Meru, terus masuk asrama. Fiqah yang tegur dia dulu. Mula-mula biasa la baru kenal. Lek-lek dulu. Lama-lama hah kau! Gila-gila ah dengan dia ni. Selalu masuk dorm dia ni nak lepak dengan akak-akak form5. Form 3, Fiqah, Hasna, Shahira and Mell selalu langgar peraturan. Suka hati nak balik pukul berapa semua. Keluar dorm seksi gila. Kena marah pun sedar sekejap je, Lepas tu buat balik. Hahahaha, banyak gak kenangan dengan dia. Form 3 bnyak gila buat masalah sesama dekat asrama. Akak ajk pun malas dah nak tegur. Malas nak tegur sampai bnyak gila kes Shahira ni dapat. Dugaan bnyak masa form 3 untuk Shahira. Pasal pakwe semua. Serius ah, ajk nya buat kiteorng stress. Dah ah time tu tngah trial PMR. Masalah pulak datng drpd cerita tipu diaorng tu, Yang PK HEM pulak pergi percaya. Kena buang Shahira ni. Aihh, memang geram je perhati dengan ajk poyo sorng tu. Rahsia dia yang kiteorng tak buka, tetibe buka fitnah orang. Pakai orang lain, nak tutup kesalahan.

(Yang pakai cermin mata)
Selamat Ulangtahun Shahira! Semoga Allah merahmati setiap langkah kau. Sentiasa tersenyum dengan orang sekeliling. Gembira dengan masa yang ada. Menghargai setiap masa. Semoga berjaya dalam menapai cita-cita. Mendapat seorang imam yang dapat menjaga dan menggembirakan kau. Aku, pun selalu dengan kau. Goodluck untuk SPM! Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah, sayang. Sayang Shahira. Love you babe!
Lepas ni Fiqah akan wish semua orang yang yang Fiqah pernah rapat dan kenal dan pernah ada dengan Fiqah. Tunggu tau, mana tahu awak salah seorang nya! ^_^ Assalamualaikum.





