Finally...
14.11.13 | 0 comment(s)
Akhirnya kisah cinta tentang kita berakhir. Akhirnya pertanyaan aku bertitik. Akhrinya kisah penderitaan aku berakhir dengan kesedihan yang perit. Semua yang tersirat telah dibongkarkan. Aku menerimanya dengan hati yang terguris akan semua kisah yang telah disembunyikan. Engkau menyembunyikan semua ini kerana ego engkau sendiri. Engkau tidak boleh menahan semua yang engkau inginkan. Tanpa engkau menyedari engkau telah meyakitkan orang yang paling menyintai engkau dengan sepenug hatinya. Dulu, kata-katamu semuanya indah. Dulu, semua kata-katamu membuat ku termimpi-mimpi. Kata-kata engkau yang membuatkan aku terbuai dengan cinta. Sekarang? Engkau membiarkan aku tersisih seperti manusia dijalanan. Aku rasa terhina. Mungkin ini juga salah aku. Aku tidak membahagiakan engkau semasa kita bersama. Tapi itu tidak bermaksud aku tidak menyanyangi engkau. Akhirnya aku lemas dengan CINTA. Aku lemas kerana engkau tiada disisi aku. Engkau hanya memandang dan meninggalkan aku pergi dengan perasaan yang berbelah bahagi. Aku pergi dengan perasaan yang sedih kerana engkau tidak menolong aku. Aku pergi kerana engkau tidak memerlukan aku lagi.
Ingat, jangan engkau masih mempermainkan perasaan seseorang wanita kerana wanita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan ini tidak dapat digambarkan oleh kaum lelaki. Mungkin engkau memandang wanita adalah insan yang lemah kerana wanita hanya tahu menangis. Tapi engkau tidak akan menjangkakan apa yang akan berlaku selepas itu. Ya, kerana engkau tidak mengenali isi hati wanita dengan lebih mendalam. Ini adalah kelebihan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada kaum hawa.





