Le My Future
22.9.13 | 0 comment(s)
Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku.
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku.
Bergetar hati ini saat mengingat dirimu
Mungkin saja diri ini tak terlihat olehmu
Aku fahami itu.
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu.
Menapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain.
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.
Tegarnya kau menari diatas tangisan ku
Kau permainankan ku sesuka hatimu.
Banyak cara Fiqah nak lupakan dia tapi satu pun tak boleh. Cuba untuk membenci tetapi hati makin sayang. Cuba untuk melupakan tetapi dia semakin dekat dengan Fiqah. Cuba untuk tidak bercakap dengan dia tetapi mulut bererak untuk bercakap. Cuba untuk membuka buku baru tetapi buku lama tersimpan dengan rapi.
''Ya Allah! Bantulah hambaMu ini! Aku tak mampu untuk melupakan dia. Aku masih menyayangi dia lagi. Ya Allah! Jikalau aku bukan yang terbaik untuknya, jauhkanlah perasaan ini daripada hatiku. Jikalau Engkau telah tetapkan jodoh ku dengan orang lain, temukanlah aku dengan perasaan yang direstui olehMu. Jodohkanlah aku dengan lelaki yang mencintai, menyayangi dan menerima diriku dengan hati yang ikhlas. Janganlah Engkau pertemukan aku dengan lelaki yang hanya ingin mempermainkan hatiku Ya Allah. Sesungguhnya hatiku penat untuk dipermainkan dengan air mata yang mengalir di pipi ku. Hatiku sakit untuk melaluinya. Semoga aku dapat menumpukan perhatianku kepada pelajaran. Lupakan dia daripada fikiran ku Ya Allah. Ya Allah Ya Allah. ''
Kawan banyak nasihat Fiqah untuk lupakan dia. Fiqah hanya menjawab dengan senyum lalu ''Aku tak boleh lakukannya kerana aku masih menyayangi dia.'' Perasaan hampa dan duka bersama. Lemah untuk melupakan tetapi gagah mengingatkan dirinya. Mungkin Fiqah terlalu sayangkan dia. Mungkin Fiqah terlalu berharap. Tengok dia okay dan tak ada yang mengganggu. Fiqah je yang rasa. Fiqah sensitive sangat kot. Fiqah terlalu fikirkan sangat sampai otak pun asyik ingat dia. Fiqah kadang-kadng terfikir lebih baik hilang ingatan daripada ingat. Astagfirullahalazim, Fiqah boleh sampai fikir macam tu. Fiqah kalau boleh nak sangat lupakan dia sebagai kisah silam Fiqah. Tapiiiii tak boleh. Semoga Fiqah dapat lupakan dia dengan perlahan-perlahan. Big smile :)
About my studies. Fiqah tak tahu nak sekolah mane. Hati Fiqah berbelah bahagi sekarang ni. Macam mane nak cakap ye. Ermmm. 50-50 la orang kata. 50 ke Sekolah Menengah Teknik 50 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Cehh! Haih. Susah la nak pilih. Kene pilih betul-betul tak nak menyesal nanti. Form 4 kene pilih jurusan semua so susah. Jurusan ape yang Fiqah minat? Matematik la. Kawan kate ambil jurusan Akaun. Fiqah tak nak Akaun. Haih. Fiqah ade usha SMT Kuala Selangor. Hee, jurusan Perbankan. Gah tak namanya? Bank! Gajinya masyuk! Hahaha. KRU Academy pun gah jugak tapi jurusan Animasi dan Visual. Memang Fiqah pandai --'. Cita-cita guru/pensyarah. Yes! Nak jadi waris ayah sebagai pendidik. Hehehe. I will! InsyaAllah! Fiqah berblogging yak bermaksud Fiqah tak belajar. Fiqah belajar waktu petang dan sebelum tengah malam selepas pukul 11 malam dah berhenti. Faham? Hemmm belajar sngat tak boleh jugak nanti tekanan. Lepas tu sakit. Tak boleh ambil PMR. Kan susah tu. Study jangan hard sangat ye. Bak kata pepatah ''Study smart, DONT'S Study hard''. Fighting!
Sesiapa yang nak mohon Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional pada tahun 2014. Boleh pergi ke laman web http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/index.cfm Korang isi Mykad dan Angka giliran. Masuk nanti akan tertera nama korang and yang lain isi la. Setiap sekolah, jurusan lain-lain. Terima kasih.





