Butterfly
Butterfly
Salam Nisfu Sya'ban dan hadiah hari lahir.
24.6.13 | 0 comment(s)
Assalamualaikum and hi. Salam nifsu Sya'ban kepada semua umat islam. Semoga buku amalam kita yg baru ni kita bnyak kan buat perkara yg baik. Kumpul la bnyak bnyak pahala dngan melakukan perkara yg diredhai oleh Allah SWT. Amin! Setiap manusia tidak terhindar drpd melakukan kesalahan. Itulah kelemahan kita. Maafkan Fiqah kalau Fiqah ade buat jahat kat korang. Okay.

Beberapa hari yg lepas hari lahir Fiqah. Ok, dah lepas kan. Kakak ade bg hadiah. Oh, i'm really love it! Much much love it. Dah lame Fiqah nak baju mcm tu. Serius suka gila. Hari Jumaat mase tu Fiqah balik mcm biase. Tunggu orng wish. Adik pnggil and wish. Lepas tu ayah. Ptang sikit lepas ayah amik mama dngan kakak. Mama wish. K mase tu tak happy sngat sbb touching gila. Hmmm. Ptng tu borak dngan kakak pasal birthday Fiqah. Fiqah ckp la yg Fiqah touching sbb family lambat wish. Fiqah kate birthday Fiqah tak penting la ape la. Merajuk. Yes, Fiqah merajuk. Lepas solat pergi katil tetibe adik kate ''Tengok tu sebelah ko!" OMG!! Kotak yg cantik dan comel yg tertulis Happy Birthday. Ade kad kat situ yg tertulis "To - Fiqah birthday girl". Ohhhhh! Rupenye drpd my sista! My second sista! Oh oh!


Dalam terkandung sehelai baju shiffon + tudung bawal + brooch bunga = 1 set. Cantik dan mempersonakan. I love this! Thanks sis. 

Hari Sabtu yg lepas family Fiqah smbut birthday Fiqah dekat rumah mak cik di Jalan Paip dengan saudara Fiqah yg dilahirkan pada 20 Jun. So, celebrate same-same. Kakak Fiqah beli kek Secret Recipe. Kongsi kek dan potong sesama. Bagi saudara mara makan. 

Hari Ahad kakak beli lagi sbb Fiqah merajuk. Fiqah niat nak bg sikit kek sebelum ni dekat kawan sekelas. Tapi Fiqah kecewa sbb keknye dah habis and then Fiqah merajuk. Mama dngan kakak dicided untuk belikan lagi kek nye khas untuk kawan kawan Fiqah. Malangnye, Fiqah balik asrama dngan mmbawa kek tu kene balik rumah balik sbb sekolah seluruh Selangor cuti akibat dilanda jerebu yg makin meningkat. Sedih sngat. Tapi tak ape, Fiqah akan bwk balik ke asrama dan bg kawan Fiqah. 


Mama bg ape? Mama dah bg Fiqah braces. Mahal okay. Kira bersyukur sbb mama yg suruh Fiqah buat br
aces. Mama kate disebabkan mama ade duit mama boleh bayarkan. Kalau tak Fiqah yg rugi. That's all. Assalamualaikum :)






Daripada Wikipedia
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.Wtidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.









Older Post . Newer Post