Butterfly
Butterfly
Lemah
7.12.12 | 0 comment(s)
Assalamualaikum and hi everyone. Mula-mula mari kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat didunia dan memberi kita peluang untuk mengejar amalan untuk bekalan kita ke akhirat kelak. Tanpa Dia siapelah kita. Tanpa kasih sayang ibu bapa kita, kita tak akan kedunia ini. Jangan terkejut dengan pembukaan post Fiqah kali ini. Fiqah membuat perubahan. Semoga perubahan ini dapat diteruskan lagi :)

Oukay, today tittle 'Lemah'. Emm. Lemah untuk kaum lelaki atau perempuan? Lelaki mestilah ckp perempuan. Perempuan pun tak nak kalah ckp lelaki yg lemah. Kenape lelaki ckp perempuan lemah? Well, perempuan kene marah sikit dah nangis. Kene ni sikit dah touching. Oh lelaki kuat la ye? Emm. Perempuan kuat sebnrnye cume dia tak nak tunjuk kan dekat kaum lelaki. Agak-agak kalau perempuan tunjuk kuat diaorng, lelaki nak undur diri tak? Hehehe. Perempuan bile sedih dia akan menutup kesedihan dia tu dengan senyum yang ceria. Jangan sangkakan senyum yg manis tiada kesedihan disebaliknya. Kat luar je dia senyum, happening, hyper active. Bile balik rumah dia menangis untuk meluahkan ape yang dirasai.


Ibu/Mak/Mama/Mummy/Bonda awak perempuankan? Ade yg lelaki ke? Erk! Diaorng perempuan. Macam mane diaorng boleh lahirkan kita kedunia? Mak kita bertarung nyawa nak lahirkan kita kedunia ni untuk merasai nikmat yang ada kat atas bumi ni. Berusaha untuk melahirkan kita sampai berpeluh. Hemmm. Perasaan perempuan pun tak mcm lelaki. Walaupun dia kata 'Aku nak dia!' lame-lame perasaan itu boleh hilang. Lemah, memang lemah. Sebab ape? Sebab perempuan tak tahu ape yang dia buat betul ke tidak. Yes! Ape yang awak ckp mmng betul! Tapi tak semua perempuan macam itu. Perempuan jgk ade ego diaorng sendiri. Walaupun diaorng ade ego, tapi ego diaorng akan menjadi lemah sebab lelaki. Lelaki yang membuatkan ego diaorng lemah. 

Lelaki, perempuan memang lemah. Sbb tu perempuan perlukan lelaki untuk berada disisi mereka. Bimbing mereka kejalan yang betul. Bimbing mereka ke syurga. Lelaki perlukan perempuan untuk mendapat generasi yang akan datang. 

Kisah Nabi Adam A.S:-
Nabi Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya. ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?" Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi. "Hawa", jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi. Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Selanjutnya DISINI.

 Lelaki pun ade kelemahan mereka tersendiri. Semua hamba Allah ade kelemahan termasuk Fiqah. So, kita perbaiki la ape kelemahan kita. Kumpulkan amalam banyak-banyak untuk bekalan kita ke akhirat nanti. Fiqah cerita pasal Lemah pun ade sebab. Ade sorang lelaki kate perempuan lemah. Soooo, rase terpanggil untuk menulis. Sorry awak, saya tulis berdasarkan luahan hati sendiri. Assalamualaikum wbt.

Ape yang Fiqah tulis adalah mengikut isi hati sendiri :)




Older Post . Newer Post