Butterfly
Butterfly
Kehilangan
27.10.12 | 0 comment(s)

Assalamualaikum. Fiqah sedih sangat hari ini sbb semalam salah seorang saudara seislam kita sudah pergi rahmatullah. Arwah seorang lelaki dan baru berumur 13 tahun sekolah di SMK Meru. Arwah seorang yang baik. Arwah kemalangan di Jalan Limau nak masuk simpang Jalan Dusun. Macam mane dia kemalangan dan waktu kemalangan Fiqah tak dapat bagitahu kerana Fiqah pun tak mendapatkan kepastian dengan lebih terperinci. Walaupun Fiqah tak kenal sangat dengan dia tapi Fiqah rase sedih sngat. Arwah jugak adalah ex kpd kwan sekelas Fiqah. Mesti kwan Fiqah rase sedih sngat sbb kehilangan orang yang dia sayang dengana begitu cepat sngat. Ya Allah, kenape Engkau mengambil dia dengan begitu cepat? Tapi itu adalah takdir dia, kita tak boleh buat ape. Kite hanya boleh redha dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Fiqah jugak dapat tahu bahawa seorang budak form 2 jugak telah kembali kepada yang Maha Esa pada pukul 2 pagi. Fiqah dapat tahu pundrpd budak-budak FB yang menulis status. Dalam mase satu hari, 2 orang pergi. Fiqah sedih sngat. Mereka pergi pada hari Jumaat dan waktu umat islam sedang menjalankan Aidiladha. Semasa kita sedang bersuka ria, bergelak ketawa ada juga yang berduka atas pemergian anak-anak yang mereka sayang. Kepada kawan-kawan arwah, korang janganlah bersedih kalau korang bersedih arwah dekat sana pun akan bersedih. Arwah suka bila, korang sedekahkan Al-Fatihah dekat rohnya. Jadi kita doakan semoga arwah ditempat dikalangan orang yang baik-baik dan beriman Amin.


Kita kene ambil iktibar atas pemergian mereka. Kita kene ingat bahawa suatu hari nanti kita juga akan pergi seperti mereka. Jangan berfikir kita akan hidup untuk selama-lamanya. Dunia ini hanya sementara. Kumpullah amalan sebanyak mungkin untuk kebaikan kita di akhirat kelak. Assalamualaikum.

Kalau umur Fiqah tak panjang nanti, tolong bagitahu dekat family Fiqah yang Fiqah sayang diaorang dan tolong ampunkan semua dosa-dosa Fiqah. Halalkan smua makan dan minum yang telah diberi. Kepada kawan-kawan Fiqah, Fiqah harap korang ampunkan dosa-dosa Fiqah jika Fiqah ade buat salah dekat korang. Sedekahkan Al-Fatihah dekat roh Fiqah nanti. Jangan nangis, Fiqah tak nak korang bersedih atas pemergian Fiqah nanti. Ingat Allah sayang semua hamba-hambanya. Fiqah sayang Family and kawan-kawan Fiqah.




Older Post . Newer Post